(PPM-006-04-16012020)

Pertubuhan Muslim Al-Fateh

Pertubuhan Muslim Al Fateh diasaskan pada tahun 2020. Merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar (PPM-0060416012020) dan beroperasi di peringkat Antarabangsa.

Pejabat kami bertempat di Merlimau, Melaka dan kini dianggotai seramai 8 orang kakitangan serta mempunyai sekurang -kurangnya 30 orang sukarelawan di seluruh negara dan luar negara.

Kami juga giat menjalankan kerja-kerja amal dan misi bantuan di negara-negara asia seperti Myanmar, Indonesia, Filipina, Thailand, Kemboja dan lain-lain. 

Misi Muslim Al-Fateh

Memperkasakan taraf hidup masyarakat terpinggir melalui campur tangan yang mampan, budaya profesionalisme dan pragmatik, dan nilai bertamadun.

Visi Kami

Menjadi salah satu organisasi yang menjana penyelesaian dan memperkasakan taraf hidup masyarakat di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa melalui intervensi serba boleh menjelang tahun 2027.

Perkhidmatan kami

Food Bank

Rak bekalan makanan diletakkan di masjid-masjid terpilih dan bertujuan membantu para asnaf yang memerlukan.

CSR

Berkolaborasi dengan beberapa syarikat untuk menjayakan projek-projek pertubuhan seperti Bakul Makanan (Foodbank).

Program Keusahawan

Melatih golongan memerlukan untuk menjana pendapatan mereka tersendiri, tidak hanya terhenti pada bantuan makanan sekali sahaja.

Qurban Asia

Menjalankan perkhidmatan korban lembu dan kambing di dalam dan luar negara seperti Indonesia, Filipina, Kemboja, Uganda, Tanzania, Syria dan Lubnan

Akikah Care

Menjalankan perkhidmatan akikah kambing di luar negara seperti Uganda, Afrika dan Tyre, Lubnan bertujuan membantu ibu bapa yang ingin melaksanakan ibadah akikah.