Dapatkan potongan Rm100 untuk setiap tempahan. Untuk masa terhad sahaja! Klik butang “Nak kod promo Akikah” sekarang.
Sabda Rasulullah SAW daripada Samurah RA:
Testimoni Akikah Care dan Qurban Asia
Kami amat berbesar hati untuk berkongsi pengalaman dan harapan daripada mereka yang telah mengambil khidmat kami sebagai pengurus ibadah akikah.
“Terima kasih Qurban Asia dengan kerjasama dari segi info yang diberikan seperti gambar & video sembelihan”
“Memberi saya peluang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim sambil bersedekah”
“Puas hati laksanakan ibadah bersama Akikah Care ini, semua perkara ditunjukkan”
“Alhamdulillah terima kasih kerana telah membantu menyempurnakan ibadah kami sekeluarga”
“Semoga tahun akan datang masih ada rezeki saya utk memilih Qurban Asia sebagai agensi korban terbaik “
“Terima kasih, mudah kami berurusan. Saya sangat berpuas hati”
“Saya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang cekap dan layanan mesra dari staf kepada pelanggan”
Kami sertakan soalan yang sering ditanyakan untuk rujukan pengguna bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah akikah bersama kami di Akikah Care
Tiada soalan anda?
Hukum akikah adalah sunat muakkad, sunat yang digalakkan bagi yang berkemampuan untuk melakukannya.
Mengikut pandangan ulama, ibu bapa boleh melaksanakan ibadah akikah bagi anak-anak mereka pada hari ke-7, hari ke-14 atau hari ke-21 kelahiran sekiranya berkemampuan.
Adapun jika pada hari-hari tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana tidak berkemampuan, maka penyembelihan boleh dilakukan pada hari-hari lain yang memungkinkannya melaksanakan Akikah tersebut.
Rasulullah S.A.W bersabda; “ Seorang anak terikat dengan akikahnya yang disembelih pada hari ketujuh, dan dicukur serta diberi nama.” Hadis riwayat Ahmad & Tirmidzi.
Dituntut ke atas setiap ibu bapa yang dikurniakan anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T.
Akikah dituntut perlaksanaannya sekali seumur hidup, manakala ibadah Qurban disunatkan perlaksanaannya setiap tahun iaitu pada Hari Raya Haji.
Daging sembelihan akikah sunat diagihkan setelah dimasak, adapun daging sembelihan korban pula sunat diagihkan dalam keadaan mentah.
Tidak digalak mematahkan tulang haiwan sembelihan akikah, sebaliknya haiwan sembelihan korban tidak dilarang. Sunat menghadiahkan kaki kanan haiwan sembelihan akikah kepada bidan yang menyambut kelahiran, berbeza dengan korban tidak disunatkan demikian.
Perlaksanaan ibadah akikah dianjurkan untuk anak lelaki dan juga anak perempuan, sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud; “Anak lelaki diakikahkan dengan dua ekor kambing dan anak perempuan diakikahkan dengan seekor kambing.” Hadis riwayat Ahmad & Tirmidzi.
Dalam sebuah hadis lain Rasulullah bersabda; “Rasulullah S.A.W telah memerintahkan kepada kami untuk mengakikahkan anak lelaki dengan dua ekor kambing dan anak perempuan dengan satu ekor kambing.”
Hadis riwayat Ibn Abi Syaiban. Hadis di atas secara keseluruhannya menunjukkan dua perkara; Pertama; baik anak lelaki mahupun perempuan, sama-sama disyariatkan supaya dilaksanakan akikah. Kedua; perbezaan bahawa anak lelaki dengan dua ekor kambing sedangkan anak perempuan dengan satu ekor kambing.
Adakah memadai untuk beraqiqah dengan seekor kambing sahaja bagi anak lelaki kerana kurang berkemampuan? Jawapannya adalah memadai dan dibolehkan.
Ini berdasarkan sebuah hadith daripada Ibn Abbas R.Anhuma:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَقَّ عَنِ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ كَبْشًا كَبْشًا
Maksudnya: “Rasulullah SAW mengaqiqahkan al-Hasan dan al-Husain seekor kibasy yang serupa dan sepadan bagi setiap seorang”. – Riwayat Abu Daud (2841)
Mereka yang paling layak menerima sedekah adalah orang fakir dan miskin dari kalangan umat Islam, begitu juga dengan akikah, mereka yang paling layak menerima adalah orang miskin di kalangan umat Islam.
Walau bagaimanapun berdasarkan beberapa buah hadis dan amalan Rasulullah dan para sahabat, kita disunatkan juga memakan sebahagian daripada daging tersebut, bersedekah sebahagian dan menghadiahkan sebahagian lagi.
3 perkara sunnah yang perlu diberi perhatian ketika berakikah adalah:
Makan sebahagian daging Aqiqah
Menghadiahkan daging tersebut kepada saudara mara dan jiran.
Sedekahkan daging tersebut kepada Fakir miskin
Jika ingin melakukan akikah di luar negara seperti negara-negara yang menghadapi krisis makanan, sudah tentu sunnah yang pertama tidak dapat diamalkan. Namun, tidaklah terbatal ibadah akikah tersebut kerana perkara tersebut adalah sunat sahaja. Maka, ibu bapa yang ingin berakikah di luar negara adalah dibolehkan.
Jika diteliti mengapa luar negara? Mengapa tidak di rumah sendiri? Ini mungkin kerana ibu bapa tersebut tidak mampu membuat majlis akikah dirumah sendiri disebabkan kos yang tinggi.
Tetapi jangan dilupakan, mereka yang berakikah di luar negara bukan sahaja dapat menunaikan ibadah akikah anaknya, malah dapat juga memberi makan kepada komuniti Islam di negara terlibat seperti di Uganda, Afrika yang mana penduduk di situ jarang-jarang sekali merasa nikmat daging.
بِسْمِ اللهِ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُمَّ مِنْكَ وَلَكَ، هَذِهِ عَقِيقَةُ فُلاَن
Maksudnya: Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, Ya Allah ini dari-Mu dan untuk-Mu. Ini adalah aqiqah [fulaan].
Sebutan [fulaan] itu diganti dengan nama anak yang ingin diaqiqahkan. Contoh, nama anak adalah Ali Abidin Bin Ahmad, maka perkataan [fulaan] diganti dengan “Ali Abidin Bin Ahmad”. Walau bagaimanapun, jika melafazkan bismillah sahaja dan diniatkan dalam hati juga telah mencukupi.
Jika majlis akikah dilakukan di rumah sendiri, bacaan niat perlulah dibacakan ketika sembelihan sedang dilakukan. Namun, jika akikah dibuat di luar negara, peserta boleh menyerahkan tanggungjawab proses akikah kepada wakil penganjur melalui akad wakalah untuk berniat akikah bagi pihaknya.
*Akad bersama Akikah Care ada dinyatakan dibahagian borang pendaftaran peserta Akikah
© Hak Cipta 2025 – ASIA QURBAN & AQIQAH SERVICES (MA0337639-M)